Banjir | Mangsa berpindah kali kedua, PPS dinaiki air

2022-12-22 0

Hampir 800 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun terpaksa berpindah selepas PPS berkenaan dinaiki air.

Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Rabu mengakibatkan kawasan terbabit ditenggelami air sehingga tiga meter.